Hari guru.Pasti ramai yang tahu.Hari mengekspresikan penghargaan buat para guru, tapi tak ramai yang tahu atau sedar malah ambil peduli tentang peristiwa yang lebih bermakna yakni Hari Nakhba yang berlaku pada 62 tahun yang lepas.Benda yang sudah 62 tahun berlaku tetapi masih ramai tidak mengetahui.Saya sendiri berasa malu terhadap diri sendiri kerana setelah 19 tahun hidup,barulah sedar dan ambil peduli tentang perkara ini walhal perkara ini satu tanggungjawab bersama sebagai seorang muslim.Anda?tepuk dada tanya iman..
Bagi anda yang menganut agama lain,saya kira anda juga patut mengetahuinya atas dasar kita semua cintakan keamanan dan anti kepada penindasan hak asasi manusia.Sehubungan dengan itu saya suka berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi tentang apa yang berlaku pada 14 mei 62 tahun yang lepas,yakni tanggal 14 MEI 1948.

Pada 14 Mei 1948,tertubuhnya negara israel.Hal inilah yang digelar nakhba (malapetaka) kerana runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah.Berakhirnya sistem khilafa' yang merupakan tamadun agung zaman berzaman.Penubuhan negara israel ini dilakukan oleh golongan zionis dengan konsep zionisme."Satu bangsa satu negara".Konsep inilah yang diperkenalkan oleh Theodore Herzyl, pengasas gerakan zionisme.
Dari mana asbab munculnya zionisme?Penindasan.Para era tersebut,berlaku penindasan terhadap bangsa yahudi di Eropah.Ekoran itu,golongan yahudi terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan berpendapat bahawa mereka perlu bertoleransi dengan masyarakat kristian Eropah-Amerika sebagai jalan penyelesaian manakala satu golongan lagi mencadangkan negara bangsa melalui Zionisme.Pada awal ideologi penubuhan zionisme dan negara israel,terdapat banyak respons yang berbeza dalam kalangan yahudi sendiri.Terdapat respons yang menentang keras idea tersebut iaitu golongan the Haredim Movement dan Naturei Karta. Lantaran itu, golongan zionis ini mencari sokongan untuk memahamkan kepada bangsa yahudi tentang ideologi tersebut.Di sini silapnya bermula.Mulanya,Zionis ingin mendapatkan wilayah Palestin secara sukarela dari Sultan Abdul Hamid II,khalifah Uthmaniah ketika itu.Apabila usaha tersebut gagal,zionis membuat gagasan kerjasama dengan organisasi yang dibentuk oleh Young Turki Movement iaitu Committee and Union Progress (CUP).Oleh itu, usaha Sultan Abdul Hamid untuk melawan gerakan zionis itu agak terlambat.Hal ini berikutan kemasukan imigran yahudi secara besar -besaran ke Palestin. Usaha zionis ini dikenali sebagai smart rebellion sesuai dengan pendekatan mereka yang tidak memfokuskan kepada senjata dan fizikal dalam meraih sokongan.Kadimah ditubuhkan bertujuan untuk menyebarkan pelajaran bahasa Ibrani.CUP tidak menyedari tindakan ini malah tidak sama sekali peduli ekoran daripada memfokuskan kepada gerakan menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid ketika itu.Maka,tertubuhlah negara israel pada tarikh keramat 14 MEI 1948.Itulah sedikit sebanyak tentang Hari Nakhba.Saya mencadangkan kepada anda supaya memiliki buku Wajah Peradaban Barat karya Adian Husaini yang saya jadikan rujukan dalam perkongsian ini.

Saya tertarik dengan prsoaan yang diajukan oleh penulis buku ini, apa kesudahan bagi semua ini?Apakah masih ada peluang bagi kita merebut kembali Palestin???
Bagi saya, sekali lagi "tepuk dada tanya iman".Selagi mana isu ini kita tidak anggap isu kita bersama, masalah ini takkan selesai.Ingatlah,kita semua akan dibangkitkan semula di mahsyar.Kita akan ditanya apa usaha kita untuk membantu mereka.Fikirkanlah bersama...



